Wednesday, November 13, 2013

Jahit manik Tudung Satin






Bismillah walhamdulillah.Dengan izin Allah, Allah berikan laluan untukku mencuba bidang baru dalam pasaran tudung.
Ini adalah tudung satin Jahit manik yang pertama ditempah oleh pelanggan kami. Tempahan khas untuk hari bahagia (Walimatul 'Urus).

Tempahan tudung satin jahit manik ni dh hampir setahun saya post di blog JillulMuslimah ini. Rezeki Allah, pada bulan lepas, saya dapat menyiapkan tempahan tudung ini mengambil masa seminggu sahaja.

walaupun proses menjahit manik ini tidaklah rumit, tetapi memakan masa hampir 12 jam untuk menyiapkan manik keliling tudung (bidang 60) dan belakang tudung. mengikut Guru saya, harga yang biasanya diletakkan oleh penjahit manik, adalah mengikut harga waktu yang digunakan untuk menyiapkan jahitan. Jadi, sepatutnya sekitar RM120 untuk jahitan manik sahaja. Tempahan tudung satin (kain+jahit tengah dan kelim tepi) ditetapkan RM40 sehelai untuk tudung siap. kos kain pun RM30+/-.

Walau bagaimana pun, JillulMuslimah telah menetapkan, untuk tempahan tudung satin siap dijahit tengah dan manik (keliling dan belakang) RM100 sahaja termasuk postage dan boleh request warna2 manik. (Pengurangan harga dari RM120+RM40=RM160). Mungkin agak mahal bagi yang mempunyai bajet yang kecil untuk Majlis Perkahwinan. Oleh itu kami cadangkan bagi yang mempunyai bajet yang kecil untuk membuat tempahan tudung satin kosong dengan harga serendah RM40 sahaja :)
Anda juga boleh request jahitan manik2 kecil dengan harga serendah RM25 sahaja (Tidak termasuk postage)

Untuk membuat tempahan, boleh sms/whatsapp ke 013-7123524/ email:  fatimza.hmys@gmail.com
atau tinggalkan pesanan di inbox page JillulMuslimah

Terima kasih kerana sudi berkongsi rezeki :) Allah yusahhilukum!

wassalam.

Dekorasi hadiah anda disini~