Friday, December 28, 2012

Sarung lengan


Bismillah walhamdulillah~

JillulMuslimah ada menjual Sarung lengan jejari. 
Terdapat 3 pilihan warna:
*Hitam.
*Coklat Pekat
*Coklat Skin

Sepasang:
Harga RM6
Kos Postage RM7


Sarung Lengan Donna
*Getah di pergelangan tangan
*Panjang hingga ke siku
*Terdapat 4 pilihan warna:
-hitam
-putih
-coklat skin
-kelabu pekat
sepasang RM6
kos postage RM7


berminat boleh pm di page JillulMuslimah
atau tinggalkan pesanan dibawah.

Purdah kedut


half-niqab yang dikedutkan pada bahagian atas, dialas kain untuk mengelakkan kesan/sakit pada bahagian hidung apabila dipakai. ukuran cukup besar untuk memberi keselesaan apabila dipakai. tali bersambung dengan alas kedut.
*kain koshibo
*tepi dililin
*ikat tali
Harga sehelai: RM12
Kos postage: RM7(1-5 helai)

Monday, December 17, 2012

Niqab Pelbagai Jenis

Purdah biasa (half-niqab)
*ikat tali
*kain koshibo
*bahagian tepi dililin

sehelai RM5
kos postage RM7
*digalakkan membeli lebih dari sehelai atau bersama tudung labuh/segi tiga untuk menjimatkan kos postage ^_^
selamat membeli~

Saturday, December 15, 2012

Tudung Segi Tiga

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, kini kami membuka tempahan untuk tudung koshibo segi tiga. Bagi yang baru ingin memulakan memakai tudung labuh, kami syorkan pilihan tudung segi tiga (boleh dibuat bidang 50, bidang 55 atau bidang 60) samada dijahit tengah atau tidak. Kelebihan bagi yang baru bermula, tudung segi tiga tidak dijahit tengah boleh digayakan seperti tidung segi tiga lain (di pin ke bahu) atau dilepas (di pin kebawah). untuk tempahan boleh email fatimza.hmys@gmail.com atau pm ke inbox page JillulMuslimah

Selamat membeli ^_^


Friday, December 7, 2012

Tudung Labuh Bujur

Bismillahirrahmanirrahim. tempahan Tudung Labuh Bujur dibuka:



























Pilihan warna lain



Contoh Jahitan + Contoh kain koshibo

Sebarang tempahan boleh email ke fatimza.hmys@gmail.com atau pm ke inbox page JillulMuslimah

Thursday, December 6, 2012

Kamus Al-Wazifi



KAMUS AL-WAZIFI (Thematic and Functional of Language ) ini mempunyai keunikannya tersendiri. Kamus ini adalah hasil kajian sebuah tesis sarjana Doktor Falsafah dalam bidang Linguistik Terapan, Pengajaran Bahasa Arab sebagai Bahasa Kedua, dan Ilmu Perkamusan. Kamus tribahasa (Arab – Melayu – Inggeris) dengan pendekatan terkini. Sesuai untuk rujukan para pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi, para pelancong, tenaga-tenaga pengajar bahasa Arab serta masyarakat umum. Mengandungi lebih daripada 62 tajuk-tajuk pilihan untuk memudahkan carian perkataan. Mengenal nama negeri, kementerian dan institusi lain yang terdapat di Malaysia. Disertakan contoh-contoh ayat mudah dan contoh-contoh ayat daripada al-Quran. Kamus al-Wazifi ini disusun berasaskan kepada metodologi saintifik yang mengandungi elemen entri dalam bahasa Arab, kosa kata, frasa, sinonim, antonim, makna dalam bahasa Melayu dan Inggeris, pecahan perkataan dalam tasrifnya, serta contoh konteks ayat.

Nama Penulis : Dr Abd Rahman Chik & Ustaz Abd Halim Salleh
Harga: RM 35.00

Tuesday, December 4, 2012

Ensiklopedia Makkah untuk Kanak-Kanak


Ibn Abbas berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Betapa tempat yang indahnya kamu! Kamu adalah tempat yang paling aku cintai! Sekiranya orangku tidak mengusirku daripadamu, aku tak akan berpisah (dari sini) untuk hidup di satu tempat yang lain.” Rasulullah SAW sangat mencintai kota Makkah ini. Jika ingin menjadi hamba Allah yang dicintai Allah, sewajarnya kita mencintai apa yang Rasulullah SAW cintai
dan membenci apa yang Rasulullah SAW benci.

Kenapa Rasulullah SAW sangat mencintai kota ini? Mesti ada keistimewaannya. Tetapi apakah keistimewaannya? Adakah hanya daripada sumber al-Quran dan hadis sahaja yang menceritakan keistimewaan Makkah? Atau ada lagikah bukti-bukti dari sumber yang lain? Bagaimana pula sejarahnya? Dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan kota ini yang mesti kita ketahui. Semestinya insya-Allah banyak lagi maklumat yang berkaitan tentang kota suci ini dalam Ensiklopedia Makkah untuk Anak-anak. Semoga usaha yang sedikit dan murni ini akan memberi jawapan yang padu kepada anak-anak dan pembaca sekalian. Semoga buku ini bermanfaat kepada anak-anak dan para pembaca sekalian. Selamat membaca dan menghayatinya.

Harga: RM 30.00


Sunday, December 2, 2012

T-Shirt Labuh Muslimah

*email untuk update stok dan sebarang pertanyaan/urusan pembelian (fatimza.hmys@gmail.com) atau pm inbox JillulMuslimah. terima kasih atas sokongan anda ^_^


AM62C
RM 50.00/RM 53.00 FOR 2XL
MATERIAL : 100% COTTON
COLOR : GREY BLACK DESIGN
SIZES : XS-2XL
available size XS, M



AQ402C
Material : 100% cotton
Color : Pink design
Sizes : M only
Price : RM 50.00



AQ410G
RM50.00 / RM53.00 FOR 2XL
Material : 100% cotton
Color : Black and white with floral design
Sizes : xl only




AQ443A
RM50.00 / RM53.00 FOR 2XL
MATERIAL : 100% COTTON
COLOR : BROWN WITH RED & PURPLE FLORAL DESIGN
SIZES : XS & 2XL only




AQ443C GREY
RM50.00 / RM53.00 FOR 2XL
MATERIAL : 100% COTTON
COLOR : MELANGE GREY WITH MULTI STRIPE DESIGN
SIZES : XS & M only



AQ443D
RM50.00 / RM53.00 FOR 2XL
MATERIAL : 100% COTTON
COLOR : PINK WITH MELANGE GREY DESIGN
SIZES : XS & S only




AQ462C
MATERIAL : 100% COTTON
COLOR : PINK WITH DESIGN
RM50.00/RM53.00 FOR 2XL
SIZES : XL & 2XL only


Aku Muslim


Ada satu kisah untuk dikongsi bersama. Saya telah menghadiri satu majlis ilmu untuk memberikan pengisian slot tentang kewajipan solat. Kelompok pendengarnya sekitar 20 orang yang terdiri daripada wanita yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 61 tahun. Antara persoalan yang saya lontarkan, “Kalau ada seorang anak kecil bertanyakan kepada kita, ‘Ibu ... kakak, siapa Allah?’ Apa kita nak jawab?” “Allah Tuhan kitalah.” “Tuhan itu apa?” “Tuhan tu Allah lah.” Mula terdengar bisikan dan tawa daripada para hadirin di hadapan saya. Apakah masalah yang ada pada kelompok ini? Kurang berfikir? Kurang belajar? Atau langsung tidak pernah berfikir dan belajar? Mereka Muslim? Ya tetapi tidak kenal Allah? Satu perkara yang perlu dirisaukan. Jadi, Islam hanya pada kad pengenalan sahaja?


Sembang-sembang, renung-renung ... “Aku Muslim?”, menyentuh topik-topik yang ringan dan santai bermula dengan hikmah kejadian manusia sehinggalah ke topik muhasabah Islam dalam diri, dengan harapan ia dapat menjadi medium bagi para pembaca membuka minda, merenung dan menilai kualiti diri sebagai seorang Muslim.

Harga: RM 18.00

Aisyah Yang Cerdas & Dicintai


Hadis Aisyah r.ha katanya, Rasulullah SAW bersabda: „Aku bermimpi melihat kamu sebanyak tiga malam. Malaikat datang kepadaku membawamu di dalam sehelai kain sutera serta berkata, Inilah isterimu. Lalu aku membuka tutupan dari wajahmu, ternyata itu adalah kamu. Maka aku berkata, sekiranya perkara itu datangnya daripada Allah, pasti ia terlaksana. Hadis Anas bin Malik r.a katanya:“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, Kelebihan Aisyah daripada wanita-wanita lain, seperti kelebihan Tarid iaitu sejenis makanan Arab daripada makanan-makanan lain”
Harga: RM 20.00

Saturday, December 1, 2012

Rintihan Kalbu

Menuju destinasi cinta abadi...
Suburkanlah hati dengan ungkapan rintihan kepada Allah...
Hadapilah bisikan kejahatan dengan bisikan kebenaran...

RINTIHAN KALBU mengandungi: Afrah al-Ruh (Kegembiraan Roh) oleh al-Syahid Saiyid Qutb dan himpunan ungkapan-ungkapan rintihan lima orang imam yang muktabar iaitu Sayidina Ali Karramallahu Wajhah, Uwais al-Qarani, Ibn ‘Atoillah al-Sakandri, Abdul Malik al-Dharir dan Junaid al-Baghdadi.

Saiz: 6 x 6
Jum Hal: 120
Harga RM12.00

40 Kisah Motivasi Ajaibnya Doa


40 Kisah Motivasi Ajaibnya Doa
Harga: RM 19.00

Brooch Zhulian





Tahan lasak,
Tidak berkarat@ merosakkan tudung,
Boleh disadur setiap tahun!
lingkungan harga RM50-RM200

SETIAP PEMBELIAN AKAN DIBEKALKAN DGN SATU KAD WARANTI YG MEMBOLEHKAN ANDA MENYADUR SEMULA BARANG KEMAS TERSEBUT SCR PERCUMA SEKALI DLM SETAHUN. CUMA PERLU MEMBAYAR INSURANS RM8 @ RM4 (MEGIKUT JNS BARANG)

 Look like a celebrity without spending a fortune! A delectable collection of top quality hip brooches - creations inspired by the glamour of glitz and luxury. Exciting selections to spice up your image and sophistication.

Produk Kesihatan Dimaz





-Mengeluarkan lemak badan yang berlebihan dan melansingkan badan

-Memulihkan serta melegakan penyakit bisa-bisa badan
-Mengeluarkan keracunan dan kotoran dalaman
-Melancarkan perjalanan darah
-Mengelakkan daripada sembelit dan penyakit buasir
-Mengelakkan letih lesu
DDAC1001 De5 Alleviate CUCI
RM50.00




-Ketidakselesaan fizikal dan lemah tubuh badan disebabkan sistem penghadaman yang kurang sihat

-Mengawal tekanan darah dan paras gula dalam darah
-Melegakan penyakit yang melibatkan sakit atau luka dalam usus dan perut serta bertindak sebagai antiseptik
-Melegakan penyakit buasir / gastrik / ulser / tonsil
-Melegakan penyakit kulit / gatal
-Melegakan penyakit resdung / jerawat / asma
-Mempercepatkan penyembuhan luka selepas pembedahan
-Mengawal tekanan darah
-Mengawal kepanasan dalam badan

DDAP1001 De5 Alleviate Penawar
RM50.00




-Memulihkan serta melegakan penyakit keputihan dan gatal-gatal
-Memulihkan serta melegakan penyakit senggugut
-Melancarkan pusingan haid yang tidak teratur
-Melancarkan sistem peredaran darah
-Memulihkan serta merapatkan saluran peranakan
-Memulihkan serta melegakan penyakit puan

DDAS1001 De5 Alleviate Suri
RM50.00

Digunakan secara tradisi sebagai minyak urut untuk melegakan sakit sendi dan lemah angota badan serta mengurangkan angin berlebihan dalam badan. Mlegekan luka luka ringan.



-Melawaskan pembuangan air kecil.
-Melegakan sakit pinggang.
-Melancarkan perjalanan darah.
-Menambah tenaga lelaki.
-Membantu mengawal risiko prostat.
-Mengawal penyakit radang pundi kencing & batu karang.

DDKA1001 Kapsul Akar Segar Lelaki
RM75.00

Friday, November 30, 2012

Martabat Ilmu dan Ulama



Tajuk Buku: Martabat Ilmu dan Ulama.

 Buku Martabat Ilmu dan Ulama adalah himpunan hadis yang mulia dan juga wasiat-wasiat nabi SAW yang berkaitan dengan ilmu dan ulama.Buku ini dikarang oleh penulis demi memartabat dan memuliakan ilmu selain menerangkan kedudukan orang alim yang mewarisi kepimpinan para nabi.Di samping itu, ia memberi nasihat kepada penuntut dalam menjaga adab-adab menunutu ilmu.

 Allah SWT menganjurkan kepada hamba-Nya agar menuntut ilmu.Ilmu agama atau ilmu yang ada dalam al-Quran dan as-Sunnah akan menjadi benteng bagi diri seseorang untuk mencegahnya daripada melakukan perkara dilarang syariat, dapat menolak kejahilan dan juga kebatilan sama ada dalam perkara agama atau mengejar urusan duniawi. 

Justeru,orang yang ingin menuntut ilmu digalakkan untuk berguru dengan orang-orang alim.Sesungguhnya ulama ialah pewaris para nabi yang mebimbing umat manusia ke arah hidup yang bahagia di dunia dan di Akhirat. Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.

Harga: RM 28.00

Ensiklopedia Bidaah


Tentang Buku:

Semangat beragama secara melulu dan salah faham terhadap nas-nas agama telah menimbulkan berbagai-bagai kekeliruan.Senario ini telah menyebabkan kekusutan melanda masyarakat yang berada dalam pelbagai lingkungan budaya dan tahap keilmuan. Justeru,timbul kekeliruan untuk membezakan perkara ranting dengan perkara asas, dan perkara cabang (juzii) dengan perkara menyeluruh (kulli).Konsep bidaah difahami sebagai suatu bentuk kesesatan dalam agama.Sedangkan, kita tidak memahami erti kata sebenar bidaah.Demi hasrat murni memberi pencerahan kepada umat,ENSIKLOPEDIA BIDAAH ini mengupas dan menghuraikan konsep sebenar bidaah yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini.Semestinya, ensiklopedia ini dijadikan rujukan dan panduan bagi mereka yang prihatin terhadap agama. 


KEISTIMEWAAN KANDUNGAN

 Maklumat,ilmu, dan perbahasan berkaitan bidaah. Maklumat yang disampaikan dalam bentuk multidisiplin seperti mazhab,syariah,sejarah,falsafah,khilafiah, dan sebagainya. Setiap tajuk mengandungi jadual,fofo,grafik, dan carta yang relevan. Pendekatan moden yang mesra pembaca. Fakta auntentik berdasarkan rujukan kitab-kitab muktabar. Dwibahasa yang membolehkan pembaca membuat rujukan kitab asal. Isi yang padat,huraian mudah serta susunan dan teknik grafik yang menarik. Perbahasan dan rujukan universal. Huraian yang bersifat komprehensif yang merangkumi pelbagai aspek.

Harga: RM100.00

Thursday, November 29, 2012

Amalan Zikir & Doa harian Rasulullah


Mengamalkan sunnah Rasulullah saw adalah dituntut oleh Islam kerana ia merupakan amalan yang memudahkan lagi memberi manfaat kepada kita. Pelbagai sunnah Rasulullah saw yang masih tidak diamalkan oleh kebanyakan Muslim. Dengan ini PSN Publications menerbitkan sebuah lagi buku yang berkongsi zikir dan doa-doa harian Rasulullah SAW. Antara doa yang terdapat dalam buku ini ialah Doa Sebelum Minum Susu yang berbunyi, “Ya Allah! Berilah kami keberkatan padanya dan berilah tambahan kepada kami daripadanya.”

 Terdapat zikir dan doa tertentu yang diamalkan dan dianjurkan oleh Rasulullah SAW dalam melakukan pelbagai aktiviti harian,dan ketika waktu pagi dan petang.Rasulullah SAW telah memberikan pelbagai jaminan kelebihan di dunia dan di Akhirat untuk orang yang mengamalkan seperti yang dapat dirujuk dalam buku ini.

Setiap aktiviti dan urusan yang dilakukan dengan diselangi zikir dan doa memberikan kesan yang mendalam kepada setiap insan untuk memelihara dan menjayakan perkara yang dilakukan. Hal ini sebagaimana dalam sebuah riwayat,Rasulullah SAW ketika mengutuskan pasukan tentera untuk mempertahankan Islam,Baginda pernah mengarahkan mereka supaya membaca pada waktu pagi dan petang."Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu dengan tiada sebarang hikmah pada ciptaan itu?Dan (kamu menyangka) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Surah al-Mu'minun,23:115). Berkat amalan tersebut, mereka berjaya medapat ghanimah(harta rampasan perang) dan selamat.

Tatkala usaha hebat dapat dilakukan dan kejayaan besar dapat diraih di dunia dengan sokongan dan dorongan zikir dan doa,maka sudah pasti Allah SWT tidak mengabaikan ganjarannya yang berganda-ganda di Akhirat kelak.

Tajuk buku : Amalan Zikir & Doa Harian Rasulullah SAW
Penulis : Ahmad Hasan Mohd Nazam
Harga : RM16.00

Hebatnya Hari Jumaat


Hebatnya Hari Jumaat 
Penulis: Ahmad Zaidi Adam 
Terbitan: PSN Publications 
Harga: RM22.00 

 Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa, "Sesungguhnya Nabi SAW mengerat kukunya dan menggunting misainya pada Hari Jumaat, sebelum Baginda keluar untuk bersolat." HR: al-Baihaqi dalam al-Syu'ab, no. 2508, ath-Thabarani dalam al-Awsath no. 854.

Wednesday, November 28, 2012

33 Amalan Mendidik Anak Soleh


33 Amalan Mendidik Anak Soleh
Penulis: Ustaz Mohammad Subki Abd. Rahman al-Hafiz & Mohd Rifqi Myiddin  
Harga: RM30.00 

 33 AMALAN MENDIDIK ANAK SOLEH sebuah panduan khususnya untuk golongan yang bakal mendirikan rumah tangga juga kepada mereka yang bergelar ibu atau bapa dan seluruh umat Islam amnya.

Dapatkan tips dan petua-petua cara Islam untuk membentuk dan menggilap cahaya mata keluarga yang bermuka daripada aspek pemilihan pasangan lagi menerusi buku ini. Usaha tersebut wajar bermula daripada aspek pemilihan pasangan dan berterusan sehingga soal adab-adab dengan pasangan termasuk ketika melakukan hubungan intim agar hubungan yang suci itu tidak diganggu-gugat oleh makhluk-makhluk ghaib seperti jin dan syaitan. Hal yang demikian sangat penting demi membentuk benih keturunan yang murni dan terpelihara.

Wadah Cinta Solehah


Bagaimana Mahu Jadi Pelajar Cemerlang? 

 • Allah mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.
• Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayatnya.
• Semua orang mahu berjaya tetapi segelintir sahaja yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.

 Petikan di atas merupakan antara tips-tips yang terdapat dalam buku Wadah Cinta Solehah. Buku ini sesuai untuk motivasi para remaja yang mencari erti cinta sebenar sebagai seorang anak muda.

Tajuk: Wadah Cinta Solehah
Kod Buku: PSN004
Penulis: Rusnah Abu Samah
Harga: RM28.00
Jumlah muka surat: 226 ms termasuk cover page

Dekorasi hadiah anda disini~