Friday, November 30, 2012

Martabat Ilmu dan Ulama



Tajuk Buku: Martabat Ilmu dan Ulama.

 Buku Martabat Ilmu dan Ulama adalah himpunan hadis yang mulia dan juga wasiat-wasiat nabi SAW yang berkaitan dengan ilmu dan ulama.Buku ini dikarang oleh penulis demi memartabat dan memuliakan ilmu selain menerangkan kedudukan orang alim yang mewarisi kepimpinan para nabi.Di samping itu, ia memberi nasihat kepada penuntut dalam menjaga adab-adab menunutu ilmu.

 Allah SWT menganjurkan kepada hamba-Nya agar menuntut ilmu.Ilmu agama atau ilmu yang ada dalam al-Quran dan as-Sunnah akan menjadi benteng bagi diri seseorang untuk mencegahnya daripada melakukan perkara dilarang syariat, dapat menolak kejahilan dan juga kebatilan sama ada dalam perkara agama atau mengejar urusan duniawi. 

Justeru,orang yang ingin menuntut ilmu digalakkan untuk berguru dengan orang-orang alim.Sesungguhnya ulama ialah pewaris para nabi yang mebimbing umat manusia ke arah hidup yang bahagia di dunia dan di Akhirat. Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki.

Harga: RM 28.00

Ensiklopedia Bidaah


Tentang Buku:

Semangat beragama secara melulu dan salah faham terhadap nas-nas agama telah menimbulkan berbagai-bagai kekeliruan.Senario ini telah menyebabkan kekusutan melanda masyarakat yang berada dalam pelbagai lingkungan budaya dan tahap keilmuan. Justeru,timbul kekeliruan untuk membezakan perkara ranting dengan perkara asas, dan perkara cabang (juzii) dengan perkara menyeluruh (kulli).Konsep bidaah difahami sebagai suatu bentuk kesesatan dalam agama.Sedangkan, kita tidak memahami erti kata sebenar bidaah.Demi hasrat murni memberi pencerahan kepada umat,ENSIKLOPEDIA BIDAAH ini mengupas dan menghuraikan konsep sebenar bidaah yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini.Semestinya, ensiklopedia ini dijadikan rujukan dan panduan bagi mereka yang prihatin terhadap agama. 


KEISTIMEWAAN KANDUNGAN

 Maklumat,ilmu, dan perbahasan berkaitan bidaah. Maklumat yang disampaikan dalam bentuk multidisiplin seperti mazhab,syariah,sejarah,falsafah,khilafiah, dan sebagainya. Setiap tajuk mengandungi jadual,fofo,grafik, dan carta yang relevan. Pendekatan moden yang mesra pembaca. Fakta auntentik berdasarkan rujukan kitab-kitab muktabar. Dwibahasa yang membolehkan pembaca membuat rujukan kitab asal. Isi yang padat,huraian mudah serta susunan dan teknik grafik yang menarik. Perbahasan dan rujukan universal. Huraian yang bersifat komprehensif yang merangkumi pelbagai aspek.

Harga: RM100.00

Thursday, November 29, 2012

Amalan Zikir & Doa harian Rasulullah


Mengamalkan sunnah Rasulullah saw adalah dituntut oleh Islam kerana ia merupakan amalan yang memudahkan lagi memberi manfaat kepada kita. Pelbagai sunnah Rasulullah saw yang masih tidak diamalkan oleh kebanyakan Muslim. Dengan ini PSN Publications menerbitkan sebuah lagi buku yang berkongsi zikir dan doa-doa harian Rasulullah SAW. Antara doa yang terdapat dalam buku ini ialah Doa Sebelum Minum Susu yang berbunyi, “Ya Allah! Berilah kami keberkatan padanya dan berilah tambahan kepada kami daripadanya.”

 Terdapat zikir dan doa tertentu yang diamalkan dan dianjurkan oleh Rasulullah SAW dalam melakukan pelbagai aktiviti harian,dan ketika waktu pagi dan petang.Rasulullah SAW telah memberikan pelbagai jaminan kelebihan di dunia dan di Akhirat untuk orang yang mengamalkan seperti yang dapat dirujuk dalam buku ini.

Setiap aktiviti dan urusan yang dilakukan dengan diselangi zikir dan doa memberikan kesan yang mendalam kepada setiap insan untuk memelihara dan menjayakan perkara yang dilakukan. Hal ini sebagaimana dalam sebuah riwayat,Rasulullah SAW ketika mengutuskan pasukan tentera untuk mempertahankan Islam,Baginda pernah mengarahkan mereka supaya membaca pada waktu pagi dan petang."Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu dengan tiada sebarang hikmah pada ciptaan itu?Dan (kamu menyangka) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Surah al-Mu'minun,23:115). Berkat amalan tersebut, mereka berjaya medapat ghanimah(harta rampasan perang) dan selamat.

Tatkala usaha hebat dapat dilakukan dan kejayaan besar dapat diraih di dunia dengan sokongan dan dorongan zikir dan doa,maka sudah pasti Allah SWT tidak mengabaikan ganjarannya yang berganda-ganda di Akhirat kelak.

Tajuk buku : Amalan Zikir & Doa Harian Rasulullah SAW
Penulis : Ahmad Hasan Mohd Nazam
Harga : RM16.00

Hebatnya Hari Jumaat


Hebatnya Hari Jumaat 
Penulis: Ahmad Zaidi Adam 
Terbitan: PSN Publications 
Harga: RM22.00 

 Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa, "Sesungguhnya Nabi SAW mengerat kukunya dan menggunting misainya pada Hari Jumaat, sebelum Baginda keluar untuk bersolat." HR: al-Baihaqi dalam al-Syu'ab, no. 2508, ath-Thabarani dalam al-Awsath no. 854.

Wednesday, November 28, 2012

33 Amalan Mendidik Anak Soleh


33 Amalan Mendidik Anak Soleh
Penulis: Ustaz Mohammad Subki Abd. Rahman al-Hafiz & Mohd Rifqi Myiddin  
Harga: RM30.00 

 33 AMALAN MENDIDIK ANAK SOLEH sebuah panduan khususnya untuk golongan yang bakal mendirikan rumah tangga juga kepada mereka yang bergelar ibu atau bapa dan seluruh umat Islam amnya.

Dapatkan tips dan petua-petua cara Islam untuk membentuk dan menggilap cahaya mata keluarga yang bermuka daripada aspek pemilihan pasangan lagi menerusi buku ini. Usaha tersebut wajar bermula daripada aspek pemilihan pasangan dan berterusan sehingga soal adab-adab dengan pasangan termasuk ketika melakukan hubungan intim agar hubungan yang suci itu tidak diganggu-gugat oleh makhluk-makhluk ghaib seperti jin dan syaitan. Hal yang demikian sangat penting demi membentuk benih keturunan yang murni dan terpelihara.

Wadah Cinta Solehah


Bagaimana Mahu Jadi Pelajar Cemerlang? 

 • Allah mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.
• Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayatnya.
• Semua orang mahu berjaya tetapi segelintir sahaja yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.

 Petikan di atas merupakan antara tips-tips yang terdapat dalam buku Wadah Cinta Solehah. Buku ini sesuai untuk motivasi para remaja yang mencari erti cinta sebenar sebagai seorang anak muda.

Tajuk: Wadah Cinta Solehah
Kod Buku: PSN004
Penulis: Rusnah Abu Samah
Harga: RM28.00
Jumlah muka surat: 226 ms termasuk cover page

Dekorasi hadiah anda disini~