Thursday, November 29, 2012

Amalan Zikir & Doa harian Rasulullah


Mengamalkan sunnah Rasulullah saw adalah dituntut oleh Islam kerana ia merupakan amalan yang memudahkan lagi memberi manfaat kepada kita. Pelbagai sunnah Rasulullah saw yang masih tidak diamalkan oleh kebanyakan Muslim. Dengan ini PSN Publications menerbitkan sebuah lagi buku yang berkongsi zikir dan doa-doa harian Rasulullah SAW. Antara doa yang terdapat dalam buku ini ialah Doa Sebelum Minum Susu yang berbunyi, “Ya Allah! Berilah kami keberkatan padanya dan berilah tambahan kepada kami daripadanya.”

 Terdapat zikir dan doa tertentu yang diamalkan dan dianjurkan oleh Rasulullah SAW dalam melakukan pelbagai aktiviti harian,dan ketika waktu pagi dan petang.Rasulullah SAW telah memberikan pelbagai jaminan kelebihan di dunia dan di Akhirat untuk orang yang mengamalkan seperti yang dapat dirujuk dalam buku ini.

Setiap aktiviti dan urusan yang dilakukan dengan diselangi zikir dan doa memberikan kesan yang mendalam kepada setiap insan untuk memelihara dan menjayakan perkara yang dilakukan. Hal ini sebagaimana dalam sebuah riwayat,Rasulullah SAW ketika mengutuskan pasukan tentera untuk mempertahankan Islam,Baginda pernah mengarahkan mereka supaya membaca pada waktu pagi dan petang."Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami menciptakan kamu dengan tiada sebarang hikmah pada ciptaan itu?Dan (kamu menyangka) tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Surah al-Mu'minun,23:115). Berkat amalan tersebut, mereka berjaya medapat ghanimah(harta rampasan perang) dan selamat.

Tatkala usaha hebat dapat dilakukan dan kejayaan besar dapat diraih di dunia dengan sokongan dan dorongan zikir dan doa,maka sudah pasti Allah SWT tidak mengabaikan ganjarannya yang berganda-ganda di Akhirat kelak.

Tajuk buku : Amalan Zikir & Doa Harian Rasulullah SAW
Penulis : Ahmad Hasan Mohd Nazam
Harga : RM16.00

No comments:

Post a Comment

Dekorasi hadiah anda disini~