Saturday, March 2, 2013

Tempahan boleh pilih (custom)

Bismillah walhamdulillah.
Berita baik buat pemakai tudung labuh (koshibo)

Insyaa Allah Jillulmuslimah membuka ruang kepada tempahan pilihan pelanggan, selain memberi pilihan tudung labuh bujur dikelim tepi (jahit tepi)

Ini adalah contoh tempahan pelanggan untuk tudung lilin tepi (fresh from oven...hehe...alhamdulillah, yang baru siap)






Selain tudung bujur, kami juga menerima tempahan tudung bulat (bagi yang xbiasa tudung bujur).

Tudung bujur = depan dan belakang tudung dilabuhkan sedikit daripada tepi tudung. Biasanya tepi tudung paras siku dan depan tudung sama labuh belakang tudung bila dipakai.

Tudung bulat = depan, tepi dan belakang tudung sama labuh. kecuali belakang tudung dilabuhkan sedikit ke paras bawah pinggang.

kami juga menerima tempahan tudung dijahit manik sepanjang tepi tudung seperti berikut:





contoh jahitan pada tudung satin.
Harga untuk tempahan jahit manik keliling tudung + corak belakang dalam RM25 shj. so, kalau untuk tudung biasa, tempah jahit tengah, tepi kelim mesin + jahit manik, kos dalam rm 50 sehelai tudung.

kalau tudung satin, setakat ni kain paling murah pun dalam rm40 sehelai tudung. so, kos jahit tengah+jahit tepi+pasang manik mungkin dalam rm 80 jgk la..

sebab biasa ambik upah untuk jahit tudung biasa pun dalam rm 10 je. lain2 untuk harga kain + jahit tepi. untung xbanyak pun. sebab memang niat buat perniagaan ni just utk bantu sahabat2 kat luar sana dapatkan alternatif pakaian muslimah, insyaa Allah. ape2pun, niat hanya utk redha Allah.

kalau ada yang berminat, bolehla tinggalkan pesanan kat komen, atau inbox kat page JillulMuslimah

ataupun boleh sms/whatsapp kat 0137123524. nombor ni xboleh call, sbb line internet..maaf deh :) dan urgent/tempahan shj dilayan. terima kasih sudi bermuamalat dengan saya ^_^
wassalam.

No comments:

Post a Comment

Dekorasi hadiah anda disini~